s.u.r.a.y.a

s.u.r.a.y.a
..there are times that TEAR means HAPPINESS and a SMILE means HURT..

Saturday, 3 March 2012

H.A.T.I

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah Hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati tiada akan lidah namun ia berkata-kata.. Hati itu tiada jemu melakarkan kata-kata..Walau di usik dengan getaran jiwa..Ia akan tetap akan berbicara.. Hati meluahkan rasa ketika sunyi dan ketika dirai...

Hati juga boleh melihat, walau tiada mata...Namun pandangannya masih lagi ada..Merenung jauh dimana jasadnya jiwa..Merasai keindahan terciptanya perasaan..

Hati bertapaknya iman.. Adakala duka dan suka.. Menjaditempat menyimpan kata-kata.. Mungkin akan selalu ada.. Yang indah dan derita..

Hati tempat tersemat janji..Percaya dan memberi..Akan sesuatu yang telah menyimpan akan sesuatu.. Menjadi pegangan satu kekuatan..Untuk menjadi pedoman..

Hati boleh merasa pahit tanpa lidah..Hati terluka dihiris kata-kata..Sakir dan pedih..
Merawatnya jua sendirian...

Hati menjerit tanpa suara..
Hati yang menderita angkara lidah dan perbuatan..

Yang sepi pun Hati..yang faham juga Hati..uang khusyuk juga Hati...
yang tawadhu' juga hati..yang inginkan bahagia, juga dihati..yang ada pada kita pun hanya sekeping Hati...

Solat mulanya di Hati...
Aqidah juga di Hati...
Hati...Ikhlaskan kerana Tuhanmu..
Apabila tubuh mati, Allah menyeru Hati...


No comments:

Post a Comment