s.u.r.a.y.a

s.u.r.a.y.a
..there are times that TEAR means HAPPINESS and a SMILE means HURT..

Sunday, 26 February 2012

...Kekuatan disebalik kelemahan

Kata lelaki...pada wanita itu lemah
Mengaku wanita...mereka tidak lemah tapi lembut...
Antara lemah dan lembut amat besar perbezaannya
amat ketara perbandingannya...
Namun...ada yang tidak rela mengakuinya...
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita itu
Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan
Lalu wanita pun diam...
diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja...
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari...
Hingga jarum jam tegak bertindih jari...

LELAKI yang mengaku kuat...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat di kerusi malas longlai terlentang....
ISTERI dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak...

SUAMI yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak WANITA menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak...
LELAKI keletihan kerana memandu di jalan sesak..
Berehat, menonton TV sambil tergelak...

Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa...
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju...
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju...
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu...

Makanan dihidang selepas solat..
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji....
Sedang SUAMI tersadar semula seperti tadi
Sebagai ISTERI, kesetiaan wanita sentiasa diuji...
Dalam diam semua tugas rumah dibereskan...

Hukum agama telah terpapar...
Wanita yang dianggap lemah...
Meneruskan hidup dalam SEGALA KEKUATAN....

No comments:

Post a Comment