Assalamualaikum w.b.t
hari berganti hari...masa berlalu dengan begitu pantas sekali...
tanpa disedari, Mei telah pun melabuhkan tirainya...
Meninggalkan segala suka duka, pahit manis yang tercipta...
Genap 3 bulan,
Semoga apa yang berlaku sepanjang Mei lalu akan menjadi pengajaran
untuk aku bawa sepanjang perjalanan hidup aku...
yang pasti,tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Ya Allah, Kau peliharalah hatiku dari kekecewaan...dari kedukaan jua dari kesedihan...
Kuatkan hati hambaMu ini...
rasa macam sekejap je dah bulan Jun...
alhamdulillah...aku dah genap setahun bekerja sebagai kakitangan kerajaan...
walaupun sekadar Gred S17 je..
Ya Allah...Ramadhan akan menjelma tak lama lagi...
semoga aku dapat menikmati nikmat dan keindahan Ramadhan tahun ini
well, tahniah aku ucapkan pada mereka-mereka yang sudah bertukar status dari single kepada tunangan orang,dari tunangan orang ke bini/laki orang...
alhamdulillah...semoga jodoh anda-anda semua kekal sampai akhirat...
termasuk jugaklah pada officemate aku yang baru lepas melangsungkan perkahwinan beliau
pada 27hb Jun 2012 yang lalu...Puan Nor Arniza Bt Jamil...
semoga berbahagia dunia sampai akhirat...
majlis yang diadakan di Felda Lok Heng untuk pihak perempuan...
aku hadir bersama teman-teman Kak Aqmaer, Ecah, Puan Hasninda dan Lidya...
Tahniah juga aku ucapkan buat sahabat senakal aku masa sekolah dulu...Norhana Nabila Bt Abdullah...
tahniah sayang...bertahun korang bercinta dan akhirnya segalanya sah dengan ijab dan kabul...
:')) seronok dengar kau nak kahwin ni hana oii...dengan orang yang sama pulak tu...
maafkan aku tak dapat hadir pada hari bahagia kau...
tapi aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku :'))
semoga suami kau akan jaga and menyayangi kau seperti mana die jaga and menyayangi ibunya...
jadilah seorang isteri kebanggaan suami....
Setelah sekian lama aku tinggalkan, akhirnya dapat jugak aku menyaksikan persembahan teater...
aktiviti kegemaran aku yang dah lama aku tinggalkan sejak aku kerja jauh ni...
4 tahun aku menceburi bidang ni...
pelbagai jenis perangai manusia yang aku jumpa...
segala pahit manis suka duka jatuh bangun aku hadapi bersama rakan-rakan
terima kasih pada pengarah yang memberi segala ilmu tentang teater...
teruja...itu je yang aku rasa bila kaki ni mula melangkah masuk ke dalam auditorium Jotic...
aku gembira sangat-sangat dapat melihat aksi rakan-rakan seperjuangan dulu beraksi di pentas...
terbayang waktu aku sedang beraksi suatu masa dulu...
ini adalah Pementasan Teater Bangsawan Genta Alam
aku seronok sangat
sehingga aku tidak sedar...airmata aku hampir menitis ketika cerita tamat...
Ya Allah...sungguh aku rindu yang teramat sangat untuk beraksi bersama rakan-rakan...
berlakon,menari,kena marah,kena maki,hafal skrip!!!
:'))
semoga rakan-rakan ku yang lain terus menongkah masa memperjuangkan bakat mereka...
mesti korang tertanya-tanya kan ape kaitan entry aku kali ni dengan tajuk Mestikah Mustika Melara ni?
eh..suke hati akulah!! ni blog aku kan...hahaha!!
oklah...
takde ape lagi yang aku nak share lagi kot...
thanks ye membazirkan mase korang untuk bace entry aku yang tah ape-ape nie...
TITIK